Sulit
3 tahun
Cara Pengambilan Diane-35
Hi doc…saya ada mengambil pil perancang diane-35 atas saranan doc perubatan untuk masalah pcos. saya perlu makan pil perancangan ini selama 3 bulan iaitu 3 kali kitaran…kali ini adalah kitaran yang kedua.Period saya datang pada hari kelima (free time) saya.masa bilakah waktu sesuai untuk saya sambung kitaran pil berikutnya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Untuk makluman anda, pil perancang Diane 35 seharusnya diambil sebiji sehari, selama 21 hari diikuti dengan tempoh 7 hari tanpa pil. Setelah lepas 7 hari yang berikut, anda boleh menyambung pengambilan 21 pil perancang tersebut seperti biasa bagi kitaran seterusnya. Jika anda datang haid lebih awal iaitu pada tempoh free time 7 hari yang anda perihalkan di atas, maka anda sepatutnya untuk menunggu sehingga tamat tempoh 7 hari tersebut sebelum memulakan pek (21 biji) perancang tersebut bagi kitaran seterusnya. Harap jawapan ini jelas membantu soalan anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.