Sulit
2 tahun
Cara pengambilan Pil perancang oralcon yang betul
Sy berumur 23 tahun…sy kurang faham cara mengambil pil perancang oralcon yang betul.Boleh bantu terangkan cara pengambilan yg betul?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, biasanya pil perancang kehamilan ini perlu dimakan bermula hari pertama haid. Kitaran kali pertama :
1 tablet sehari sekali untuk 21 hari, bermula hari pertama haid.
Kitaran yang seterusnya :
Tablet diambil selepas 7 hari daripada kitaran pertama.
Apa yang perlu dilakukan sekiranya terlupa mengambil Pil Perancang ?
Ambil pil secepat mungkin apabila tersedar. Dos seterusnya diambil seperti biasa.
Penggunaan ketika menyusukan :
Boleh menyumbang kepada penurunan jumlah susu yang dihasilkan.
Sebelum pengambilan pil perancang, boleh merujuk kepada doktor atau ahli farmasi .
Apa jua jenis pil yang anda ambil rujuk pek arahan pada kotak ubat terlebih dahulu untuk mengetahui cara pengambilannya dan ikut arahan tersebut.
Sekiranya anda tidak datang haid dalam 7 hari rehat dari pil anda, sila rujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian untuk maklumat lanjut. Terima kasih.