
zatynur
5 tahun
Cara pengambilan Pil Perancang Yasmin
saya wanita berusia 29 tahun.mempunyai dua anak.mengambil pil yasmin selepas berhanti dari pengambilan ijnection depo.berhenti pengambilan depo kerana period tidak datang sudah 6 bulan. jadi, walaupun tidak period, saya terus pengambil pil yasmin. adakah saya perlu berhenti pada hari ke 21 tablet habis walaupun period saya masih tidak keluar atau terus ke pek seterusnya? adakah selamat jika berhenti pengambilan selama 7 hari tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, pil Yasmin adalah merupakan pil perancang 28 hari yang mana pada 7 hari daripada hari ke 22 hingga 28 itu pil tersebut adalah pil istirahat yang mana ia bermaksud pil tersebut tidak aktif. Pengambilan baki pil tersebut tidak akan memberi efek terhadap kitaran haid anda. Justeru, untuk mengambil atau rehat 7 hari adalah terpulang kepada anda kerana ia tidak akan memberi kesan terhadap efek protektif pil perancang dalam mencegah kehamilan. Untuk memulakan paket pil perancang seterusnya, silakan mulai pada hari ke 8 iaitu 7 hari setelah rehat daripada pil.
Untuk info dan keterangan lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.