Sulit
2 tahun
Cara pengambilan sebenar hormone pills (desogestrel 150 mcg)
Dr ni kali pertama saya kena ambil ubat ni,saya berumur 20 tahun dan belum berkahwin,saya ada soalan mengenai cara pengambilan yang sebenar sebab saya takut tersalah ambil…saya perlu start ambil ubat ni sewaktu hari pertama haid ke atau boleh di ambil bila bila masa ya ? Sebab waktu saya dapat ubat ni kitaran haid saya yang seterusnya masih lambat tapi saya dah start ambil dari hari pertama dapat ubat…cuma betul ke Dr cara pengambilan saya…sebab sejak ambil ubat saya rasa mcm bdn jadi pelik
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan bilakah anda perlu mengambilnya berdasarkan soalan yang diberikan sahaja. Maklumat lanjut mengenai masalah yang dialami oleh anda perlu diketahui dan juga pemeriksaan lanjut perlu diketahui.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.