
mhafizmdaud82
5 tahun
Cara yang betul untuk disinfeksi permukaan
Saya baca di laman web KKM salah satu cara langkah pencegahan covid-19 ialah disinfeksi permukaan yg mudah dicemari seperti tombol pintu dan sebagainya. Bagaimanakah cara yang betul untuk melakukan disinfeksi tersebut? Adakah cecair disinfeksi yg berada di pasaran seperti dettol berkesan untuk tujuan ini?

5 tahun
Hai.
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID19. Cara pembersihan permukaan atau rumah adalah melalui penggunaan bahan yang mengandungi sekurang-kurangnya 70% alcohol. Sebelum anda mengelapkan bahan atau ruang tersebut dengan menggunakan bahan pencuci, anda disarankan membersihkan dengan menggunakan air serta sabun diikuti dengan bahan pencuci antikuman. Buka tingkap anda bagi menggalakan pengaliran udara.
Bagi sebarang info, anda boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini