
Anonymous
6 tahun
Cecair berupa nanah di bahagian hujung zakar
Saya lelaki berusia 25 tahun mengalami masalah cecair kerap keluar di bahagian zakar dan tak selesa apabila cecair tu menempel di bahagian seluar dalam saya…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Nanah pada zakar merupakan manifestasi berlakunya jangkitan pada bahagian tersebut. Jangkitan pada zakar boleh disebabkan oleh pelbagai organisma. Ia dibahagikan kepada dua kategori iaitu jangkitan gonorrhoea dan jangkitan tidak spesifik.
Sekiranya seorang lelaki menghidap jangkitan gonorrhoea, simtom yang mungkin anda hadapi pada mulanya adalah:
- rasa pedih ketika membuang air kecil
- keluar cecair jernih, setelah beberapa hari
- cecair yang keluar akan menjadi lebih banyak, pekat seperti nanah dan kadang kala bercampur darah.
Kadang kala, jangkitan merebak hingga ke bahagian epididemis dan menyebabkan sakit dan bengkak pada bahagian scrotum yang selalunya berlaku pada salah satu bahagian sahaja.
Pesakit yang menghadapi jangkitan ini juga boleh mendapat jangkitan pada bahagian:
- tekak,
- rektum: berasa gatal-gatal, keluar cecair dan merasakan rektum sentiasa penuh walaupun telah membung air besar.
- mata: sakit mata dan tidak boleh melihat cahaya serta keluar cecair nanah dari mata yang dijangkiti.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!