
Sulit
4 tahun
Cecair coklat dan perut sakit
saya wanita berumur 24 thun. sya mgalami priod yg tdk teratur. 5 bulan tdk priod .ble d ktakan 1 thun 2 kali atau 3 kli . sya sdh scan rahim sya sbb tkut menghidapi pyakit cyst . tp xda apa2 smua nya baik2 sja cma priod tdk teratur . bru2 ini bulan 1 2021 saya dtng haid dan drah bnyak sngat . skrng dah msuk bulan 4 sya tdk haid lagi . tp ada sdkit ccair cklat dan prut sebelah knan bawah sya skit sngat dah 3 hari . sya rsau . ble dktor bgi pjelasan . trima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab anda mengalami gejala haid tidak teratur, antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui rawatan yang tepat, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Berkenaan dengan gejala lain seperti sakit perut dan spotting coklat, kami memerlukan maklumat tambahan tentang perkara ini. Ia boleh disebabkan oleh masalah di atas ataupun kondisi kesihatan lain. Justeru, maklumat lanjut daripada anda adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!