
nurfarhahaziz99
5 tahun
Cecair putih seperti susu keluar dari puting belah kiri
Assalamualaikum dr.
Saya student berumur 20 tahun.saya mendapati bahawa jika saya menekan puting pada belah kiri,kelihatan ada cecair putih seperti susu yang kluar.saya belum berkahwin dah sering melakukan aktiviti seperti melompat dalam seharian hidup.adakah cecair itu disebabkan saya melakukan aktiviti yang lasak? Saya pernah cuba mencari dan mendapat info dari internet bahwa trkdg cecair yg keluar adalah normal.boleh beri penjelasan lebih lanjut?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan yang bernanah
- Kesan hormon (Normal)
- Rangsangan puting disebabkan oleh aktiviti seharian seperti (tergesek dengan baju)
- Trauma payu dara akibat sukan
- Radang payu dara
- Ketumbuhan payu dara yang tidak agresif
- Kesan sampingan pil perancang
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.