
Sulit
3 tahun
Cecair yang berbau hanyir/busuk
saya wanita berumur 23 tahun. bujang. saya ingin bertanya, adakah masalah saya ini serius atau tidak. kesilapan saya juga,saya sering melalukan seks bebas tapi dengan seorang sahaja. saya dapati pada hari itu cecair yang keluar dari vagina saya sangat berbau busuk, seperti bau hanyir ikan. saya sangat risau. sebab sebelum ini belum pernah terjadi. sebelum ini normal je. boleh tolong jelaskan adakah masah ini dapat di atasi? atau berjumpa dengan doktor kalau perkara ini terlalu serius? macam mana mahu menghilangkan cecair bau yang hanyir. saya malu

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami kegelisahan anda yang mengalami masalah pengeluaran cecair hanyir. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang menyebabkan gejala tersebut. Antaranya :
- Air mani yang berlebihan daripada hubungan intim
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan