Anonymous
4 tahun
Cegah hamil mengunakan Postinor
Saya Dian sudah berkahwin… Beranak 3…dan ank bongsu baru berusia 2 bulan… Suami terlepas dalam ketika kitaran haid saya yg ke 13 hari… Satu jam selepas bersama saya telah menggunakan pil postinor mengikut saranan pharmacy… Adakah ianya membantu mencegah ekhamilan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan, Postinor-2 adalah kontraseptif kecemasan. Ia diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
Dianggarkan bahawa Postinor-2 akan menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.