
ainaaadilah
5 tahun
Cegah kehamilan menggunakan pil postinor tetapi masih menysus badan
Doktor pil postinor boleh ke digunakan untuk cegah kehamilan selepas bersama suami tapi dalam masa yang sama sy masih menyusu badan anak y berumur 11 bulan. Ada kesan terhadap penyusuan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, anda boleh mengambil pil tersebut semasa menyusukan anak hal ini kerana ubat tersebut tidak mengganggu jumlah susu anda. Namun, anda tidak disarankan untuk mengambil ubat tersebut secara rutin. Sila dapatkan maklumat lanjut tentang penggunaan perancang keluarga yang bersesuaian sewaktu menyusu.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.