
fiqa.aia
5 tahun
Chest tightness sesak dada bila dalam keadaan baring mahupun duduk
Assalam doktor, saya dah mengalami chest tightness dekat 2 minggu, bila tidur dalam keadaan baring rasa sesak dada, dada selalu terasa kuat degupan ,dan dalam keadaan biasa duduk pun sama, tapi bila exwrcise tidak mengakibatkan sy sesak nafas, cuma dada tersa berat je kenapa begitunya doktor?
Teruma kasih ata jawapan

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. untuk maklumat anda, masalah sakit di bahagian dada boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Asma
- Penyakit jantung
- Anemia - kurang darah merah
- Alahan
- COPD
- GERD
- Gastritis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.