Sulit
3 tahun
Cholesterol LDL tinggi
saya seorang wanita berumur 54 tahun ,baru-baru ini saya mengambil ujian darah dan mendapati bahawa total cholestrol 6.11,
triglycerides 1.793mmol,LDL4.1 dan HDL 1.192MMOL,DR adakah saya perlu mengambil ubat cholesterol
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan berikut,
Kami memahami kerisauan anda ketika ini. Untuk makluman anda, untuk mulakan pengambilan ubat kolestrol, pemeriksaan perlu dilakukan dan jika doktor yang memeriksa anda merasakan anda perlu memakan ubat kolestrol, maka doktor akan memberi preskripsi ubat kolestrol kepada anda. Namun jika sebaliknya berlaku, maka anda usah risau kerana doktor mungkin merasakan keadaan anda tidak memerlukan pengambilan ubat kolestrol.
Namun, adalah lebih baik anda merujuk kepada doktor yang merawat anda untuk mendapatkan nasihat dan pandangan. Hal ini kerana hanya doktor yang merawat mempunyai maklumat lengkap mengenai tahap kesihatan kita.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.