Sulit
3 tahun
Close contact dengan pesakit covid negatif boleh pergi ke sekolah tak
Rumah saya ada orang telah close contact dengan pesakit covid yang negatif dan sedang kurantine di rumah bolehkah anak dia pergi ke sekolah doc
3 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan covid-19 memandangkan anda mempunyai kontak rapat dengan seorang yang covid-19 negatif dan sedang menjalani kuarantin. Anaknya dinasihati untuk berjaga jaga dengan simptom simptom Covid-19 dan boleh pergi ke sekolah dengan mengikuti penjarakan fizikal dan memakai topeng muka. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini