Sulit
2 tahun
Clotrimazone vaginal
normal atau tidak pakai ubat pesari dia keluar semulaa after afew hours disebabkan buang air kecil ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Secara umum, keluarnya semula ubat yang dimasukan melalui vagina (intra-vagina ) sewaktu buang air kecil dapat disebabkan oleh kontraksi (menegangnya) otot di sekitar vagina semasa buang air kecil atau keadaan vagina yang licin.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keluhan dengan pemakaian ubat tersebut, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih