
Sulit
4 tahun
Confused pregnant test
Saya ada beli upt dekat guardian. saya try test ada 2line. Kemudian saya nak pasti kan lagi sama ada betul ke tak saya pregnant , saya test sekali ada 2line jugak. Dalam 2hari saya saya asyik muntah² kemudian saya terus pergi ke klinik. Doc terus scan perut saya, dia cakap “tahniah awak pregnant,ada kantung kecil kat situ” “awak hamil 4minggu” … kemudian esoknya saya upt kat farmasi tapi 1line pulak… pelik hahhaa. So macam mana ye

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami situasi anda yang diperihalkan di atas mengenai kehamilan anda. Untuk makluman anda, ujian UPT ini adalah berfungsi untuk mengesan hormon HCG yang dirembeskan ketika kehamilan melalui air kencing kerana hormon tersebut boleh dikumuhkan melalui air kencing.
Kemungkinan ujian UPT yang dilakukan oleh pihak farmasi telah mengemukakan keputusan negatif palsu atau false negative yang boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Alat UPT yang telah tamat tempoh (Expired)
- Pihak farmasi memperoleh keputusan tersebut terlalu awal. Berikan sedikit masa untuk ia berfungsi
- Air kencing sampel anda terlalu cair. (Dilute)
Memandangkan anda telah mengalami simptom-simptom kehamilan, dan juga telah dimaklumkan oleh doktor anda bahawa anda hamil setelah menjalani siasatan pengimejan dan sebagainya, maka kehamilan anda adalah sah secara langsung. Namun, jika anda mengalami pendarahan banyak atau sakit senggugut yang berlebihan pada bila-bila masa sepanjang kehamilan anda, sila berjumpa dengan doktor anda dengan kadar yang segera bagi mengelakkan komplikasi seperti keguguran.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.