faten.najwa
4 tahun
Consume folic acid dan vit b complex
salam doktor… sy nk bertanya sedikit… sy sedang mengandung 9 minggu… soalannye adalah, semalam sy baru bukak buku pink di klinik kesihatan… dan nurse telah memberi sy ubt obimin… masalahnya adalah, pagi tadi sy mkn dan sy muntah2 tak berhenti… boleh ke sy tak nak makan obimin tu tapi sy consume folic acid dan vit b complex… terima kasih doc…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala muntah yang anda alami sejurus selepas makan boleh disebabkan:
- Alahan kepada kandungan Obimin - sekiranya anda perlu mengambil suplemen multi-vitamin, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau klik pada pautan ini (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk mencari alternatif yang bersesuaian dengan anda
- Kesan kehamilan - gejala kehamilan seperti muntah kerap berlaku pada waktu begini
- Asid refluks (gastrik)
Anda boleh meneruskan pengambilan asid folik dan vitamin B kompleks seperti biasa. Sekiranya anda memerlukan alternatif suplemen semasa mengandung selain dari Obimin, anda boleh merujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda, ataupun klik pada pautan (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma). Sekian