Sulit
4 tahun
COVID-19 - Casual Contact
Heloo Doctor, Pada 22/5/21 yang lalu saya dan jiran saya telah membuat ujian saringan COVID-19 dengan menaiki kenderaan yang sama. Saya berumur 60 tahun dan jiran saya berumur 53 tahun.
Hasil saringan saya -ve, manakala jiran saya +ve, dan
notification dari My Sejahtera saya menunjukkan Casual Contact Tak Bergejala.
Jiran saya sehingga hari ini masih lagi tidak dihubungi oleh pihak KKM.
Soalan saya; Adakah saya dan jiran saya perlu menghubungi kkM terdekat ataupon terus pergi ke kkM untuk membuat pemeriksaan semula atau menunggu panggilan dari KKM?
Harap Dr dapat membantu saya, sekian terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk makluman anda, individu kontak kasual (casual contact) adalah individu yang berkemungkinan terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19.
Anda boleh melakukan aktiviti seperti biasa dan memantau sebarang perubahan terhadap diri anda. Terutamanya, jika anda mengalami simptom COVID-19, anda perlu mengasingkan diri dan berjumpa dengan doktor. Sekiranya ini berlaku, orang lain yang tinggal bersama anda juga perlu menyekat pergerakan mereka.
Buat masa ini, anda tidak perlu melakukan apa-apa tindakan melainkan memantau keadaan diri anda dan isi rumah yang tinggal bersama dengan anda. Selain itu, anda juga perlu mengisi soal selidik yang terpapar pada aplikasi MySejahtera mengenai sebarang gejala yang dialami. Berkenaan jiran anda, kami nasihatkan beliau untuk menghubungi pejabat kesihatan daerah (PKD) untuk mendapatkan tindakan selanjutnya.
Sebagai makluman awal, gejala/simptom yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































