Sulit
2 tahun
COVID AG KITS 30 minutes
Saya Dan family saya menggunakan covid test kits Dan seteleh tggu selama 30 minutes result ye adalah negatif
Kemudian sye mnbiarkan covid test tuh satu Malam dterbiar diluar … pada esok ye saya melihat ad faint line Di T
Dan buat semula utk test kedua , tggu 30 minutes Dan negative hanya satu line Di c
Sye biar smlm kejadian sama berlaku. Kemudian sya pergi check manual Dan mnjumpa bahwa test kits hanya boleh dibaca antara 15-30 minutes jika lebih result adalah tidak sahih…adakah betul
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, Kit Ujian Kendiri Covid-19 digunakan sebagai ujian saringan yang dilakukan sendiri oleh individu.
Ia tidak menggantikan fungsi diagnostik realtime reverse-transcription polymerase chain reaction (RT-PCR) untuk Covid-19 tetapi mempunyai kelebihan mengesan status Covid-19 individu dengan cepat dan mudah.
Cara-cara untuk menggunakan alat tersebut adalah seperti berikut:
a) Mengambil sampel (air liur, nasal swab dan lain-lain) secara kendiri seperti yang dinyatakan pada arahan kit (instruction kit).
b) Melakukan ujian menggunakan Kit Ujian Kendiri Covid-19 dengan cermat mengikut arahan kit.
c) Membaca keputusan pengujian dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti yang dinyatakan pada arahan kit bagi mengelakkan keputusan yang tidak tepat.
Anda hendaklah merujuk kepada arahan yang tertulis di kit alat tersebut untuk mendapatkan keputusan yang terbaik. Jika anda melebihi tempoh waktu yang sepatutnya, keputusan yang diharapkan tidak akan muncul dan kemungkinan untuk menjadi tidak sah.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini