
Sulit
4 tahun
Covid19 risau sekiranya positif
2 minggu lepas berlaku kes kematian dalam keluarga. Salah seorang yang hadir adalah anak saudara saya yang juga salah seorang peserta tabligh diseri petaling. Dalam tempoh 2 minggu ini saya mempunyai simptom sakit kepala, batuk, kahak yang banyak dan saya mengah bila menaiki tangga sebab saya rasa dada saya berat. Dalam 2 hari ini badan saya mula sakit. Kadang-kadang saya rasa sejuk tapi saya tidak demam. Cuma ada rasa macam nak demam. Anak saudara telah buat ujian untuk covid semalam di sarawak. Tapi belum dapat keputusan. Suami saya baru mula sakit tekak. Anak saya suara jadi serak walaupun tidak batuk. Ada anak lain juga yang mula batuk. Tapi kami semua tidak demam

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Berdasarkan penerangan di atas, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Saya nasihatkan untuk anda dan sekeluarga sentiasa mengawasi gejala yang anda hadapi. Kerana gejala COVID-19 adalah gejala yang umum dan terdapat masalah lain yang boleh menyebabkan simptom yang sama. Namun, sekiranya saudara anda disahkan positif anda digalakkan untuk ke hospital serta mendapatkan nasihat pakar. Buat masa sekarang, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, seperti berikut:
Mencuci tangan dengan sabun dan air.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Semoga anda sekeluarga akan cepat sembuh. Terima kasih.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini