fatinsuhada093
6 tahun
Cyst di dlm rahim dan gsngguan haid
Sy berusia 29thun dan mmpunyai seorg snk berusia 6thun…sy mngalami gguan haid dan doktor mngesahkan sy ads cyst di dlm rahim…adakah ini punca period sy tak henti selama 3mggu walaupun drh haid hny sedikit2
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, haid berpanjangan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip, cyst
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
memandangankan anda telah berjumpa dengan doktor dan anda menghidapi cyst. Ia boleh menyebabkan gejala yang anda hadapi.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
































