Need Help?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Dada kelihatan tenggelam

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Jun 24, 2022 5:59 PM

Sulit 46 hari

Saya remaja 16 tahun. Sudah lama sejak saya tahu akan masalah di dada saya. Dada sebelah kanan kelihatan normal tetapi dada bahagian kiri kelihatan mendap/tenggelam. Kebelakangan ini saya juga perasan yang denyutan nadi rehat saya adalah 115 dan denyutan nadi bagi naik turun bangku 160. Saya mudah letih walaupun saya kerap bersukan. Adakah saya menghidapi pectus excavatus. Adakah cara untuk memulihkannya tanpa pembedahan. Itu saja dari saya terima kasih.

Dr Sashini Seeni 46 hari
General Practitioner

Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti struktur tulang dada, komposisi lemak dan faktor anxiety . Kami juga tidak menolak kemungkinan terhadap faktor kesihatan yang lain. Jika perkara ini tidak ditambah dengan masalah lain seperti sakit dada, sesak nafas dan jantung berdebar-debar, ianya bukanlah perkara membimbangkan.

Akan tetapi, jika sebaliknya, atau anda mengalami simptom lain yang mengganggu aktiviti harian anda, anda dinasihatkan agar merujuk perkara ini lebih lajut kepada doktor. Pemeriksaan yang teliti adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor .

Dikemaskini pada: Fri Jun 24 2022 17:59:26 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Dari RM70 Vaksin COVID-19 Dari RM109
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA Saringan Kesihatan Dari RM100
Ambil Ujian Darah
Lakukan ujian darah di rumah anda sekarang. Dapatkan keputusan dalam 2 hari.
Tempah Saringan Darah
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Jantung/Kardiologi tentang sakit dada secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80