
chimchim67891
5 tahun
Dada kiri sakit lengan turut sakit dan badan menjadi lemas
Saya wanita berumur 22 tahun, saya merasa sakit dada semenjak dua bulan lalu masa tu saya sakit gastrik tetapi dah bertukar sakit ke dada, bila sakit dada tu datang badan saya semua terasa lemas dan kedua bahu saya berat teramat sangat dan sekarang dada saya seperti di tekan.
Tolong jawab ya doctor.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Seperti yang dinyatakan di atas, sakit dada sebelah kiri berkemungkinan bermakna ia adalah kerana sakit jantung atau penyakit lain yang serius. Penyakit ini perlu diberi perhatian kerana ia boleh membahayakan kesihatan dan nyawa anda secara mengejut. Anda sangat digalakkan untuk terus berjumpa doktor sekiranya mempunyai sakit dada yang berterusan atau yang memenuhi ciri-ciri sakit dada angina.
Antara ciri-ciri sakit dada angina ialah rasa berat atau menekan di dada , sakit dada datang ketika sedang melakukan aktiviti fizikal dan hilang apabila berehat. Setelah mendapat pemeriksaan dari doktor, kemungkinan penyakit serius boleh dikesan dengan bantuan pemeriksaan fizikal dan ujian makmal
Antara punca lain berlakunya sakit dada di bahagian kiri adalah:
- Radang paru-paru
- Jangkitan paru-paru
- Sakit pada bahagian otot, tulang dan saraf dada
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih