
Anonymous
6 tahun
Daging lebih tumbuh di bahagian vagina
assalammualaikum dan salam sejahtera. saya wanita berumur 23 tahun dan baru sahaja melahirkan anak pada 26 feb yg lepas secara normal. masalah saya adalah terdapat lebihan daging tumbuh pada bahagian vagina saya. lebihan daging tersebut berwarna merah pekat dan saya merasa sakit apabila terkena air atau air kencing di bahagian tersebut. luka saya dah bercantum dgn baik. daging lebihan itu mula tumbuh ketika 30 hari pantang. mungkin saya terlebih sapu jelly solcoseryl. jadi bagaimana cara untuk saya hilangkan daging lebih tersebut? ada yang kata kena laser dan ada yang kata kena potong dan jahit. sampai sekarang saya belum pergi ke klinik sebab takut sangat. ada apa apa suggestion atau ubat yg boleh hilangkan daging tersebut atau buat daging lebih tu tak sakit?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kemungkinan besar terdapat dua punca yang boleh menyebabkan hal ini .Antaranya ialah:
- Keloid: Keloid merupakan salah satu jenis bekas luka yang cukup mengganggu penampilan kerana bentuknya yang tebal dengan warna yang kontra dengan kulit sekitarnya
- Jahitan yang terkeluar
Untuk mengetahui punca yang sebenar pemeriksaan fizikal harus dilakukan dan adalah amat disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor. Tamabahan pula puan tidak perlu bimbang kerana ia akan dilakukan dengan anestesia. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.