Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Darah cepat turun cfdfg

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Ogos 2, 2020 12:32 PM

Sulit 13 bulan

Anak saya seorang pesakit talasemia sejak kebelakangan ni dia selalu stress dan cepat kurang darah…Sya nk tanya adakah stress boleh mempengaruhi darah cepat turun

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 13 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.

Untuk makluman pihak anda, penghasilan sel darah merah (eritropoiesis) berlaku di sumsum tulang di bawah kawalan hormon eritropoietin (EPO). Hormon eritropoietin ini dihasilkan oleh sel juxtaglomerular di ginjal. Penghasilan hormon ini bertindak balas kepada penurunan oksigen (seperti anemia dan hipoksia) dan peningkatan tahap androgen. Selain itu, penghasilan sel darah merah juga memerlukan bekalan substrat yang mencukupi, terutamanya zat besi, vitamin B12, folat, dan heme.

Manakala, stress tidak berkait secara langsung dalam penghasilan darah merah. Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sun Aug 02 2020 12:32:51 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Hematologi tentang anemia secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19