
Anonymous
4 tahun
Darah haid atau keguguran?
saya wanita 20 an.sebelum ini period saya sebulan lebih tak datang…dalam awal bulan 4 saya mengalami sakit perut dan pinggang dan di malam hari pula saya didapati turun darah yang banyak dan darah berketul2 seakan hati ayam…pada malam keesokan saya mengalami sakit perut dan sakit pinggang yang amat sangat…ni sudah hari kelima darah pun bekurang tapi saya masih rasa sakit dan tidak selesa di bahagian ari-ari…saya cuba mencuci di bahagian dalam kemaluan dengan jari dan saya dapati ada seakan-akan darah ketul di pintu rahim tapi jari saya boleh sampai dekat pintu rahim saja…bolehkah terjadi darah tersumbat??adakah ia darah normal untuk haid atau ia disebabkan keguguran??

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, sekiranya anda pernah menjalinkan hubungan seksual tanpa perlindungan, terdapat kemungkinan darah dan ketulan tersebut menandakan keguguran, namun begitu darah haid yang biasa juga boleh keluar seperti ketulan terutamanya memandangkan anda tidak datang haid sebulan yang lalu.
Untuk memastikan perkara tersebut berkaitan haid, keguguran atau masalah kesihatan yang lain, sila rujuk masalah ini kepada doktor bagi mengenal pasti punca sebenar. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi secara peribadi. Konsultasi dan ubatan anda adalah percuma sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat. Terima kasih.