
Sulit
4 tahun
Darah haid berketul dan banyak
Saya wanita berusia 22 tahun. Pada 31/12/2020-10/1/2021 saya period. Selepas seminggu period, saya mengalami pendarahan pada 17/1/2021 sehingga 23/2/2021,kemudian saya kembali period pada 24/2/2021,pendarahan terlalu banyak dan berketul begitu juga semasa istihadah, tetapi saya tak pasti samada itu adalah istihadah kerna ia merupakan kali pertama saya mengalaminya. Saya juga sering merasa pedih Ulu hati dan sakit pada bahagian abdomen. Adakah ia perkara yang normal? Adakah istihadah mgambil masa yang lama? Adakah darah berketul n pekat seperti hati ayam n banyak itu sesuatu yang normal? Apakah pemeriksaan yang sepatutnya perlu saya dapatkan? Sewaktu istihadah, pendarahan juga banyak n berketul.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan dan kebimbangan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Gejala ketulan darah yang dialami secara tiba-tiba boleh dikaitkan dengan
- kitaran haid yang tidak teratur
- ketulan darah haid
atau ia juga boleh menandakan keadaan yang lebih serius seperti
- Dysfunctional uterine bleeding atau istihadah (punca paling biasa)
- Penggunaan intrauterine contraceptive device atau IUCD
- Tanda-tanda gangguan sindrom ovary polycystic (PCOS)
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Tanda-tanda keguguran
- atau gangguan organ wanita yang lain.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda perlu bimbang sekiranya:
- ia mengganggu rutin harian anda
- terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!