
Sulit
5 tahun
Darah haid berlebihan
Aws’salam.sy wanita berumur 25 tahun dan telah berkahwin selama setahun and TTC.doctor telah diagnose sy PCOS.period sy memang irregular since umur 14tahun.utk cycle kali ni,sy start period pada 23/3/2020 tapi hanya coklat shj.sehingga 27hb baru keluar darah berwarna merah dan banyak sehingga harini 5/4/2020.sy pakai 4-5 pad per day.sy nak tanya.boleh ke kalau sy consume ubat tranexamic acid 250mg (pekat darah) untuk sy slow/berhenti kan period sy??sebab sy takut darah sy berkurangan and takut pitam.skrg mmg sy mkn folic acid and madu herba.boleh sy makan utk sementara waktu?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Antara punca berlakunya darah haid yang banyak ialah:
- Perdarahan disfungsional, atau dysfunctional uterine bleeding
- Masalah kelenjar tiroid terutamanya kekurangan hormon tiroid atau hypothyroidism.
- Fibroid uterus. Fibroid merupakan ketumbuhan yang berlaku di dalam dinding rahim
- Endometriosis, tisu-tisu rahim terletak di luar rahimmenyebabkan pendarahan yang berat dan menyakitkan
- Polip juga merupakan sejenis ketumbuhan pada rahim
- Sindrom polisistik ovari
- PID (Pelvic inflammatory disease), Jangkitan kelamin boleh membawa kepada keadaan yang dikenali sebagai penyakit radang pelvik atau Pelvic Inflammatory Disease (PID) boleh menyebabkan gejala seperti sakit perut dan menorrhagia.
- Kanser serviks atau kanser rahim
Rawatan bagi pendarahan berat adalah bergantung kepada punca pendarahan tersebut.
Bagi mengetahui punca gejala yang anda alami , anda amat disarankan unutk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.