
anizah.madzlan
6 tahun
Darah haid dtg semula selepas 3 tahun berhenti
Umur saya 49 tahun darah haid dh berhenti selama 3tahun.tiba awal puasa ni darah haid dtg semula berketul2 .datang haid mula 3 mei hingga 12 mei.harap doktor boleh terang kn lebih lanjut apa kah problem saya ini serious tq

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Darah yang keluar sedikit berkemungkinan besar merupakan haid yang normal, Ketulan berwarna merah gelap adalah darah yang telah beku. Kadang kala darah haid tidak boleh keluar dari rahim kerana serviks atau faraj anda tertutup. Oleh itu, ia menjadi bekuan darah dalam rahim dan hanya jatuh keluar apabila serviks dan faraj anda terbuka.
Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur termasuk:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Punca utama yang menyebabkan kitaran haid tidak teratur dalam kalangan wanita muda ialah gangguan hormon di dalam badan. Kondisi ini sering disebabkan oleh tekanan emosi, stres, tidur yang tidak cukup, senaman yang terlampau, perubahan berat badan yang mendadak dan sebagainya. PCOS merupakan satu lagi punca utama yang menyebabkan berat badan berlebihan, jerawat, ketumbuhan bulu berlebihan di bahagian ketiak dan kelamin serta masalah emosi. Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera untuk mengenalpasti punca kepada gejala anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.