
Sulit
4 tahun
Darah haid saya keluar warna coklet selama 3 hari permulaan saya haid
doktor kenapa darah haid saya keluar warna coklet selama 3 hari

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah anda boleh berlaku disebabkan beberapa perkara. Antara faktor-faktornya adalah:
- Darah pada awal dan hujung haid biasanya mempunyai aliran lebih perlahan, ini menyabakan darah tersebut tersimpan lebih lama di dalam rahim dan berwarna gelap atau coklat
- Tanda awal kehamilan
- Servikal polip
Sekiranya anda mempunyai simptom lain disertai dengan haid berwarna hitam seperti:
- Faraj berbau busuk
- Sakit perut/senggugut teruk
- Bengkak atau gatal sekeliling kemaluan
- Sakit pada bahagian pelvik
- Demam
- sakit ketika buang air kecil
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.