
Anonymous
6 tahun
Darah haid tidak berhenti lebih sebulan
Saya wanita awal-20an… saya mengalami haid sekitar 2minggu dan berhenti after that selama 3 ke 4 hari… dan selepas itu darah keluar lagi selama 2minggu… tetapi pada akhir 2minggu itu darah beransur keluar dengan sikit dan hampir tiada… tetapi hari ini darah start untuk keluar dengn banyak… perut cram

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan perdarahan haid yang berpanjangan.
• Dysfunctional uterine bleeding atau perdarahan dari rahim yang terjejas. Kondisi ini merupakan punca yang paling utama untuk perdarahan haid berpanjangan.
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Polip di rahim atau di pintu rahim (cervix)
• Endometriosis, sejenis kondisi di mana lapisan dalam dinding rahim yang berada di luar rahim
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim (cervical and endometrial cancer). Kondisi-kondisi ini adalah lebih
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih