
Sulit
5 tahun
Darah keluar seakan darah period - setelah 3 bulah lebih bersalin secara czer tetapi fully breastfeed
Saya telah melahirkan anak pertama secara czer pada 10 ogos yang lalu, so hampir 3 bulan lebih umur bayi saya dan saya fully breastfeed. pada 7 november yang lalu, genap 90 hari bersalin, saya menerima injection depo buat pertama kali (hasil perbincangan dengan doctor panel - langkah pencegahan kehamilan, kerana saya dan suami ingin menggunakan implanon tetapi memikirkan kos, doctor sarankan saya mencuba injection depo dahulu, untuk melihat kesesuaian . soalan saya hari ini 21 november sewaktu ke tandas saya membuang air kecil dan di dapati terdapat lendirah darah seakan darah period tetapi tiada apa apa darah di atas pantyliner saya. adakah ini normal? adakah itu darah period? perlukah saya berjumpa doctor untuk scan?saya agak keliru dengan keaadaan ini. atau ini tanda injection depo tidak sesual dengan diri saya. mohon pencerahan doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, antara kesan sampingan suntikan prancang kehamilan adalah gangguan terhadap kitaran haid seperti haid tidak teratur, spotting, haid sedikit, tidak datang haid atau haid berlebihan. Justeru, ini adalah kesan sampingan yang dijangka. Sekiranya gejala-gejala ini mengganggu anda, sila rujuk kembali kepada doktor anda untuk kaedah perancangan lain yang lebih sesuai.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.