Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Darah period cair dan sikit.adakaha ia berkaitan dengann anemia

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Mei 25, 2020 1:36 PM

Sulit 49 hari

Darah period cair dan sikit . Sblm period saya akan mengalami gastrik yg teruk. Adakah perkara ini berkaitan dgn anemia?? Perlukah saya berjumpa dgn doctor??

Dr Sri Viknarajan 49 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah spotting atau keluar darah coklat ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
  • Pendarahan implantasi kehamilan
  • Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
  • Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
  • Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
  • Tisu endometrium
  • Perimenopaus

Pendarahan yang berlebihan pula boleh disebabkan oleh :

  • Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
  • Ketumbuhan fibroid atau polip
  • Dysfunctional uterine bleeding
  • Penggunaan alat IUD
  • Kanser rahim atau cerviks
  • Masalah pembekuan darah
  • Kesan sampingan ubat-ubatan

Kami tidak boleh mengulas lanjut berkenaan dengan darah cair kerana ia terlalu subjektif untuk diukur. Sebaiknya, anda pergi ke mana-mana fasiliti kesihatan untuk pemeriksaan berkenaan dengan tahap kepekatan darah anda.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon May 25 2020 13:36:53 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Sulit
Masalah haid anak yang tidak teratur Anak saya berumur 19 tahun tidak datang haid selama hampir 2 bulan. Kali terakhir dia datang haid pada 15 Mei 2020. Sejak datang haid pada umur 12 tahun, kitaran haid adalah sentiasa teratur. Ke… Baca lagi...
10 hari
Sulit
Hello dokter . saya seorang wanita berumur 20 tahun . saya mengalami period tidak menentu hello dokter . saya seorang wanita bujang berumur 20 tahun . saya mengalami period tidak menentu . seperti 4 bulan sekali baru datang period . sejak dari umur saya 18 tahun lagi . jerawat saya n… Baca lagi...
14 hari
Sulit
Period turun melebihi 15 hari Sy 29thun period sy dah dtng 14hari,2hari dah bersih,lepas tu darah turun semula sikit-sikit dah 10hari smpai skarng…ni firstime jd kt sy,kenapa yee? Baca lagi...
33 hari
Sulit
Darah keluar 2 hari sebelum tarikh period Adakah spotting itu normal? Selalunya dalam berapa hari? L Adakah ianya keluar bersama dengan lendiran keputihan? Baca lagi...
19 hari
Sulit
Period tidak teratur dan jarak period adalah dekat Hi saya wanita berumur 21 tahun dan saya mengalami masalah period yang tidak teratur. Pada bulan june 2020 saya dah period pada 13.6 tapi pada 30.6 saya period lagi sekali. Normal ke macam tu or… Baca lagi...
14 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi