
wanhidayatul91
5 tahun
Darah period normal ke tak
Doctor, saya nak tanya kenapa lepas saya suntik depo period saya akan keluar kejap kejap… Contoh saya hari pertama period 13/11… Lpstu stop… Then 15hb keluar plak mlm hari… 16hb keluar ptg… 17hb mlm dan 18hb hari nie keluar tengahari…Tp tiap kali period keluar dalam kuantiti sikit² je dan saya x perlu pakai pad pom… Dan nie jugak first time saya ambil suntikan perancang depo

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, antara kesan sampingan suntikan prancang kehamilan adalah gangguan terhadap kitaran haid seperti haid tidak teratur, spotting, haid sedikit, tidak datang haid atau haid berlebihan. Sekiranya gejala-gejala ini mengganggu anda, sila rujuk kembali kepada doktor anda untuk kaedah perancangan lain yang lebih sesuai.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.