Anonymous
6 tahun
Darah period warna hitam
umur saya 25tahun saya tak datang bulan dah 2bulan, semalam saya datang bulan tanpa mengalami sengugut… tapi darah yang mengalir warna hitam pekat, dah dua hari darah saya warna hitam adakah ia normal ?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, darah haid berwarna hitam boleh disebabkan:
- Darah lebihan dari haid yang sebelumnya. Darah yang telah lama akan teroksida dan berwarna hitam
- Darah pada awal dan hujung haid biasanya mempunyai aliran lebih perlahan, ini menyabakan darah tersebut tersimpan lebih lama di dalam rahim dan berwarna hitam
- Penggunaan ubat perancang
- Fibroid/polip yang tertanggal (mati)
- Keguguran
Sekiranya perkara ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



























