Sulit
3 tahun
Darah selepas bersama suami
Saya wanita dalam 20 an. Period saya tak teratur cth bulan ni dtg then lpas 3 bulan baru datang then tiap bulab datang mcm biasa lepas tu 3 bulan baru datang. Dan saya dh lewat dari tarikh saya period amd still x datang. Saya bersama suami dan saya dapati ada darah selepas bersama. Pada pandangan saya macam bukan darah period. Jadi apakah punca darah itu? Selepas basuh kemaluan saya. Saya check dalam kemaluan saya masih ade darah tapi darah x mengalir keliar dan darah tak pekat. Adakah itu darah period? Atau mcm mana ya?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Umumnya, pendarahan faraj selepas hubungan seksual boleh disebabkan oleh:
- Pelincir tidak mencukupi.
- Trauma atau koyakan pada struktur faraj
- Luka pada faraj
- Jangkitan pada faraj
- Masalah struktur faraj
- Atau gangguan kitaran haid
Tambahan lagi, pendarahan selepas hubungan seks (selain akibat dari gangguan kitaran haid) adalh tidak normal sama sekali dan amat membimbangkan.
Hidup lega dan bahagia tanpa masalah kelamin. Dapatkan nasihat pakar hari ini.
Untuk mengenal pasti punca masalah yang anda alami, pemeriksaan dan ujian lebih lanjut seperti pengambilan sampel cecair dari faraj mungkin diperlukan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor untuk maklumat lebih lanjut. Anda boleh mengklik pautan ini untuk bercakap dengan kami. Terima kasih.