
Sulit
5 tahun
Darah selepas keguguran
Saya berusia 21 tahun . Pada 31July saya mengalami keguguran yg berusia 13minggu. Saya sudah ke klinik scan rahim janin sudah keluar habis. Selepas keguguran saya mengalami pendarahan selama 18hari. Pada hari yg ke 21 ada darah klua sikit sehingga hari ke 25. Selepas darah kering saya ada melakukan hubungan bersama suami dan keesokkannya ada darah keluar berketul ketul. Dalam 4 5 hari jugak darah saya kluar mcm haid . Dan darah makin berkurang. Selepas beberapa hari darah keluar lagi tapi sikit sikit kadang ada hari yang darah tk keluar . Selepas dua minggu saya ada bersama dgn suami dan darah keluar semula berketul ketul. Hari ini cukup 48hari saya keguguran tapi darah masih keluar tidak menentu dan selepas bersama suami darah akan keluar berketul ketul banyak. Simptom apakah itu? Apa perlu saya lakukan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, pada kebanyakan orang, tempoh perdarahan nifas yang normal adalah sekitar 6 minggu. Apabila darah nifas anda telah berhenti, ini bermakna perubahan badan akibat kehamilan, dan bersalin telah selesai dan tubuh badan anda telah kembali kepada kondisi tidak hamil. Pada kondisi ini, tubuh anda telah bersedia untuk hamil lagi.
Memandangkan gejala ini telah berlangsung beberapa kali, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.