
Sulit
4 tahun
Darah tinggi dan obesiti
Saya lelaki berumur 41 tahun adalah pesakit darah tinggi dan kencing manis dan obesiti. Berat badan saya 125kg. Saya mengambil Aplodipine 10mg 1x sehari dan Metformin 500mg 2x sehari.
Saya telah mengubah gaya hidup dengan berhenti merokok, bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari (berjalan kaki) dan berhenti meminum air bergula bermula September 2020. Saya makan makanan seperti biasa tetapi dalam portion kecil setiap 2-3 jam setiap hari. Saya juga memeriksa tekanan darah dan glukosa setiap hari. Kebiasaan bacaan harian bp saya adalah 145-160/85-95 dan bacaan glukosa 9 - 12 mmol/L
Pada 1.1.2021, berat badan saya adalah 99kg. Turun sebanyak 25kg.
Bacaan glukos saya sekarang untuk Disember 2020 sehingga hari ini antara 5-6 mmol/L dan bacaan bp saya 125-128 / 96-101.
Nyata gula dlm darah saya turun,bp sistolik juga turun tapi diastolik saya makin naik. Apa yang perlu saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu tekanan darah Diastolik meningkat. anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Saya akan cuba menjawab soalan yang diutarakan oleh puan. Bacaan tekanan darah yang normal adalah 120/80 dan ianya dibaca sebagai 120 per 80. Nombor di bahagian atas dipanggil sebagai sistolik dan nombor dibawah dipanggil diastolik. Berikut adalah lingkungan tahap tekanan darah
Normal: Kurang daripada 120, lebih 80 (120/80)
Meningkat: 120-129 / kurang daripada 80
Tahap 1 tekanan darah tinggi : 130-139 / 80-89
Tahap 2 tekanan darah tinggi : 140 dan ke atas / 90 ke atas
Krisis tekanan darah tinggi : lebih tinggi daripada 180 / lebih tinggi daripada 120
Faktor Faktor yang menyumbang kepada tekanan darah yang tinggi adalah:
- Diabetes
- Penyakit Jantung
- Hyperthyroidism
- Penyakit Ginjal
dan sebagainya
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih