Sulit

2 tahun

Tekanan darah jadi tinggi semasa di klinik

Hi doc. Sy wanita berusia 35thn dan sedang hamil 14minggu…Bbrp hari yg lepas semasa sy hadir ke klinik utk temujanji check up, doc mendapati tekanan darah sy sedikit tinggi iaitu 140 /90 dan bacaan denyutan nadi 120…bacaan 3hari berturut2 ketika di klinik menunjukkan tekanan darah sy berada pd tahap tinggi. Dan doc di klinik telah mengesahkan sy menghidapi chronic hypertension… Akan tetapi apabil sy pantau sendiri tekanan darah di rumah pd setiap pagi setgh jam - 1 jam selepas bgn dr tidur, bacaan tekanan darah sy menunjukkn berada pd tahap normal… Tekanan darah menjadi agak tinggi ketika check di klinik… Soalan sy, apakah cara yg paling tepat utk mengesahkan adakah sy mempunyai penyakit darah tinggi dan bilakah waktu yg paling sesuai utk sy check sendiri tekanan darah di rumah? Tq doc

Dr Ramzdhan,

2 tahun

Salam sejahtera,

Terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, hipertensi akibat mengandung lazimnya dihidapi pada separuh kedua kehamilan sehingga 6 minggu selepas bersalin. Tekanan darah mungkin berada pada paras tinggi sehingga 3 bulan selepas bersalin. Hipertensi akibat mengandung boleh didefinisikan sebagai hipertensi yang berlaku semasa separuh terakhir kehamilan tetapi tanpa tanda-tanda pra-eklampsia. Rawatan bagi hipertensi yang sedia ada (sebelum mengandung) dan hipertensi akibat mengandung adalah sama. Jika hipertensi berlaku selepas 20 minggu kehamilan, kemungkinan ia melarat menjadi pra-eklampsia adalah kira-kira 15%. Hipertensi akibat mengandung lazimnya berulang semasa kehamilan yang seterusnya. Sesetengah wanita pula kekal dengan tekanan darah yang tinggi selepas kehamilan yang bermasalah akibat hipertensi akibat mengandung.

Terdapat beberapa perkara yang anda perlu lakukan jika anda ingin mengambil tekanan darah di rumah. Antaranya:

  • Ukur tekanan darah anda pada masa yang sama pada setiap hari – sekali pada waktu pagi dan sekali sewaktu senja. Bacaan tekanan darah pagi patut diukur sebelum anda memakan ubat, manakala bacaan tekanan darah senja patut diambil sebelum makan.
  • Bacaan tambahan boleh dibuat jika dinasihati oleh doktor anda.
  • Kosongkan pundi kencing anda sebelum anda mengambil bacaan tekanan darah anda4.
  • Jangan merokok, minum kopi, teh atau minuman berkafeina, atau bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sebelum anda mengambil bacaan.
  • Rehat untuk 5 minit sebelum mengambil bacaan.
  • Duduk di atas kerusi dengan belakang anda disokong, lengan didedahkan dan disokong pada paras jantung.
  • Pastikan kaki anda rata pada lantai (jangan silangkan kaki).

Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor

Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

240_F_137778732_aCNH8Paz4BgERewfelaQk36OTynTf0r6

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)