Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli
saya lelaki usia 33 tahun.kenapa tekanan darah tinngi saya naik.sedangkan cara pemakanan saya setakat ini seimbang.adakah dari kelewatan tidur menjadi punca?minta penjelasan??
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai kenaikan tekanan darah. Untuk makluman anda, berikut merupakan tahap julat bagi tekanan darah normal dan tahap tekanan darah tinggi (hipertensi):
Sekiranya tekanan darah anda berada di atas paras normal, anda perlu berbincang dengan doktor tentang cara-cara untuk menurunkannya.
Kebanyakan pesakit tekanan darah tinggi tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala walaupun bacaan tekanan darah mencapai paras yang tinggi. Sebaliknya mereka mungkin mengalami simptom seperti sakit kepala dan sesak nafas. Tetapi tanda-tanda dan gejala ini tidak spesifik dan biasanya tidak akan berlaku sehingga tekanan darah tinggi telah mencapai peringkat yang teruk atau mengancam nyawa.
Tekanan darah tinggi mempunyai banyak faktor risiko termasuklah:
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.