Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Darah tinggi fatty liver diabetes

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: April 25, 2021 9:09 PM

Sulit 4 bulan

Beberapa hari yang lalu, saya mengalami masalah diabetes. Gula saya tinggi.

Dr Ramzdhan 4 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami

Namun kami kurang pasti dengan soalan yang anda ingin ajukan kepada kami. Secara amnya, bacaan gula normal (normal glucose readings) dalam darah untuk penghidap kencing manis ketika puasa atau tidak makan mengikut garis panduan di Malaysia ialah antara 4.4 hingga 7.0 mmol/L manakala jika bacaan diambil secara rawak secara normalnya ialah 4.4-8.5 mmol/L.

Berdasarkan garis panduan CPG di Malaysia, untuk pesakit kencing manis, bacaan normal bagi paras gula dalam darah ketika puasa ialah 4.4-7.0 mmol/L, manakala bacaan normal bagi paras gula dalam darah selepas makan ialah 4.4-8.5 mmol/L.

Dapatkan kesihatan yang berpanjangan, hindari kencing manis dari awal !

‘Hyperglycemia’ atau kadar gula terlalu tinggi boleh menyebabkan kerosakan tehadap beberapa organ, yang kemudiannya membawa kepada komplikasi diabetes. Ini termasuklah:

  • masalah jantung atau vaskular, seperti serangan jantung atau strok;
  • masalah buah pinggang yang memerlukan dialisis;
  • masalah mata, yang boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan (buta);
  • isu seksual, seperti disfungsi erektil/’erectile dysfunction’
  • masalah dengan pengaliran darah, yang boleh menyebabkan amputasi.

Oleh itu, saya sarankan anda untuk ke klinik untuk mendapatkan rawatan yang tepat dan sempurna untuk masalah anda. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

Ketahui tentang penyakit kencing manis dengan lebih mendalam. Pakar Endokrinologi boleh membantu anda.

Dikemaskini pada: Sun Apr 25 2021 21:09:20 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Endokrinologi tentang kencing manis secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19