
atoi4629
5 tahun
Darah tinggi / rendah
Salam sejahtera Doktor, sayalelaki berumur 56 tahun, menghidapi penyakit darah tinggi dan mendapat bekalan ubat dari hospital kerajaan, masaalahnya sesekali atau ada ketikanya saya mengalami macam mabuk/ pening, dan dituruti berasa gelap mata dan berpeluh, tetapi setakat ini saya masih boleh bertahan dan bacaan tekanan darah yg saya ambil 132/77, jadi saya ingin tahu apakah masaalahnya yg sebenar saya hadapi, terima kasih doktor…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak anda gejala yang anda nyatakan boleh disebabkan oleh komplikasi masalah darah tinggi anda. Bacaan bagi pesakit darah tinggi yang mengambil ubat dalam lingkungan bawah 140/90 adalah dikira baik. Namun begitu, masalah darah tinggi yang berpanjang boleh meneybabkan pelbagai komplikasi seperti kerosakan mata, buah pinggang dan strok.
Selain itu gelaja yang anda hadapi juga boleh disebabkan oleh perkara lain seperti:
- Tekanan darah terlalu rendah atau tinggi
- Kurang gula dalam darah
- Vertigo
Saya sarankan agar anda memberiktahu masalah ini apabila berjumpa dengan doktor anda di hospital. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih