Sulit
6 tahun
Darah yang keluar adakah period atau tanda hamil
Hi Doc, Sy Wanita berumur 38 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 8 thn. Untuk pengetahuan doc, Waktu subur saya adalah diantara 11-17 march dan dalam jangka waktu itu saya ada bersama dengan suami untuk percubaan hamil. Period saya datang semula pada 30 march until 1 april selama 3 hari sahaja. Pada 9 april keluar sedikit pendarahan bersama dengan lendir diikuti beberapa symptom seperti sakit pinggang, migrain/pening seakan nak muntah dan terasa nyeri dibahagian kiri bawah perut. Persoalan saya adalah adakah sy hamil atau itu cuma symptom kesan dari period sahaja. Tq Doktor…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Jika anda telah haid, kemungkinan untuk hamil adalah rendah. Anda boleh mendapatkan alat ujian kehamilan di farmasi dan melakukan ujian di rumah dan mendapatkan nasihat lanjut untuk masalah ini. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


























