jennieyfermelati
6 tahun
Datang haid hampir sebulan? Adakah kesan inject depo?
Saya seorang isteri…berumur 25 taun…saya mengambil suntikan depo 3bulan… adakah haid berpanjangan ni kesan dari injection tersebut? Dan saya mengalami keguguran rambut yang banyak… selalu merasa cramp dekat bahagian perut.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, suntikan perancang Depo-Provera® boleh memberikan kesan sampingan berupa:
- Haid tidak teratur - tempoh haid yang lebih lama atau lebih pendek, haid yang lebih berat atau lebih ringan
- Kehilangan haid (semakin lama anda mendapat suntikan Depo-Provera®, semakin besar kemungkinan untuk anda tidak akan mempunyai haid sama sekali)
- Berat badan (wanita mendapat kira-kira 5 paun setiap tahun untuk 3 tahun pertama). Tetapi anda boleh membantu mengekalkan berat badan anda dengan memakan makanan yang sihat dan senaman yang kerap.
- Sakit kepala
- Pening
- Perubahan mood, kemurungan
- Kembung
- Kesakitan / ketidakselesaan perut
Justeru, haid berpanjangan adalah efek samping daripada pengambilan suntikan perancangan yang boleh anda jangkakan. Sekiranya anda berasa tidak selesa dengan suntikan ini, anda mempunyai pilihan perancangan keluarga yang lain yang juga mempunyai peratusan efektiviti yang tinggi. Maka, anda amat digalakkan untuk berbincang dengan doktor tentang kaedah yang paling sesuai.
Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































