Sulit
3 tahun
Dedar seperti hendak demam
Umur saya 19 thn…sudah 2 mnggu,setiap hari,pkl 10 mlm bdn akn rasa dedar seperti hendak demam…bdn sy sihat,tidak lesu,selera mkn semua ok…saya cuba bersenam bg keluar peluh pd waktu mlm utk elak bdn rasa dedar hendak demam…tp ttp juga sama…pkl 10 mlm,akn rasa dedar hendak demam…bgn pagi esk nya,sy sihat sperti biasa…mula 10 mlm,akn dedar semula
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, masalah demam terjadi apabila badan bertindak balas terhadap patogen atau jangkitan pada badan. Suhu normal badan ialah antara 36.5 ke 37.5 darjah selsius dan diperiksa samada di dalam mulut, ketiak ataupun di dalam lubang dubur. Demam boleh disebabkan oleh:
- Demam denggi
- Demam malaria
- Jangkitan leptospirosis
- Jangkitan tifoid
- Tuberkulosis
- Tonsilitis
- Allergic rhinitis
- Pharyngitis (Jangkitan di tekak)
- Jangkitan di telinga (otitis media)
Untuk mengetahui jika anda demam, boleh menggunakan termometer untuk mendapatkan suhu yang tepat. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera .
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.