
Sulit
5 tahun
Demam berlarutan melebihi 3 minggu
Saya berumur 35 tahun, mengalami demam pertama beserta sakit kepala pada 5 Mac. Pada 6-7 Mac, saya telah ke Genting Highlands untuk menyertai satu program sukan. Dengan demam yang belum kebah beserta lenguh bahu, belakang leher & sakit pinggang (tidak pasti kerana program berkenaan atau tidak, kerana semasa program berkenaan saya melakukan aktiviiti dalam keadaan hujan lebat & sedikit lasak), pada 10 Mac saya telah mendapatkan rawatan di KK berdekatan beserta ujian darah, dengan suhu 36.6 dan ujian darah normal. Dengan sedikit panas badan, pada 13-14 Mac saya telah ke Pulau Perhentian dan pulang ke JB pada 15 Mac melalui TBS. Dalam tempoh 10-18 Mac, saya perasan 2 kali ada merasakan bau kahak semasa bangun tidur & 3 kali cirit birit. Pada 22 Mac saya merasakan sedikit perit tekak & sedikit chest tightness. Pada 24 Mac saya rasa panas badan saya sedikit meningkat dan keesokkannya saya telah mendapatkan rawatan di KK berdekatan. Dr. telah memberikan bekalan ubat untuk 3 hari (ubat demam, sakit tekak, cair kahak & selesema) dengan suhu 36.6. Ubat telah saya habiskan, namun, panas badan & perit tekak saya masih belum berkurangan. Saya tidak pasti suhu badan sekarang kerana tiada termometer. Adakah perlu saya membuat saringan?

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Bagi masalah demam berterusan, selain COVID, ia boleh disebabkan masalah kesihatan lain. Antaranya:
- demam denggi
- jangkitan virus influenza
- radang tonsil
- jangkitan pharynx
- dehidrasi
Keperluan ujian saringan adalah bergantung pada risiko anda. Untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.**
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini