
muhdf2323
5 tahun
Demam berpeluh pada waktu malam
saya lelaki 20’an. saya sudah demam 5 hari. ketika tidur pada waktu malam, badan saya akan berpeluh walaupun saya menggunakan air-cond. perkara ini sering terjadi ketika saya demam. kenapa saya sering berpeluh semasa demam?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terdapat pelbagai punca demam serta berpeluh seperti:
- Demam denggi atau tibi
- Penyakit tiroid
- Ketumbuhan atau kanser
- Penyakit auto-imun
- Jangkitan kuman - punca perlu diketahui
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut dan segera kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.