
hidayahsyuhada8909
5 tahun
Demam dan ruam kanak kanak
Anak lelaki saya berumur 6 tahun. Demam selama 3 hari, hari kedua kaki tangan dan badan muncul ruam gatal kemerahan. Pada hari kedua juga pernah muntah. Tiada tanda sakit perut, selsema, batuk atau sakit mata kecuali sedikit sakit kemerahan di dalam saluran leher. Dia masih ada selera makan sepeti biasa namun kelihatan penat. Doktor hanya memberi ubat makan dan sapu seperti alergik,kerana suhu tidak tinggi. Tetapi saya ragu ragu, kerana anak saya masih lagi demam dan gatal kemerahan. Adakah benar alergik diiringi dengan demam?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Demam yang disampingi ruam secara umumnya boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit berikut:
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit vasculitis
- Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
- Kanser seperti limfoma dan Kaposi sarcoma
Bagaimanapun jika suhunya tidak sampai tahap demam iaitu 38 degree celcius, ianya mungkin alahan/alergi seperti yang doktor telah beritahu.
Saya sarankan untuk puan berjumpa doktor sekali lagi jika suhu badannya meningkat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.