
Sulit
5 tahun
Demam malam dan sakit tekak
2-3 hari ini, saya mengalami demam pada waktu malam sahaja, dan sakit tekak. Pertanyaan saya adakah saya berisiko untuk dijangkiti covid-19? Dalam tempoh 2 minggu ini, saya tiada pergi travel keluar negara, tiada contact dengan pesakit yang positif dan tiada menyertai mana mana perhimpunan. Mohon pencerahan apa langkah yang perlu saya lakukan. Sama ada pergi ke klinik berdekatan untuk rawatan atau pergi ke hospital untuk lakukan saringan. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat Sejahtera
Terima kasih di atas soalan yang diajukan. Saya memahami kebimbangan anda berkait rapat dengan wabak COVID-19.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Berdasarkan simptom anda iaitu demam dan sakit tekak, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, simptom-simptom yang yang anda alami, boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- Radang tonsil
- Radang tekak
Anda boleh ke klinik berdekatan untuk melakukan pemeriksaan dan mendapatkan ubat untuk sakit tekak anda sekiranya simptom ini mengganggu aktiviti seharian anda atau semakin teruk.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih dan semoga cepat sembuh.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini