
aqilahnordin1991
4 tahun
Demam Malam, Sengal Badan & Sakit Kepala
Hi Doc… Suami saya berumur 28 tahun…Suami saya sudah mengalami demam pada waktu malam, sengal sengal badan dan sakit kepala yang berturutan selama 3 hari… apakah ini simptom demam denggi ?? Atau ada penjelasan lain disebalik simptom ini? Badan nya tidak panas melampau,suhu badan dalam lingkungan 36.9- 37.5 sahaja. Terima kasih doc

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah demam adalah sangat umun dan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Kencing tikus
- Malaria
- Keradangan
Kebiasaannya demam boleh sembuh dengan sendiri tanpa perlu ke hospital. Ia berkemungkinan disebabkan jangkitan virus biasa. Demam akan kebah selepas makan ubat paracetamol, berehat dan minum air yang banyak. Namun begitu, sekiranya demam anda berlarutan atau semakin teruk, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, demam denggi ialah demam yang melebihi tempoh 3 hari, mual/loya, muntah, sakit perut, sakit sendi, ada ruam, letih. Jika kawasan perumahan anda mempunyai kadar jangkitan denggi yang tinggi atau ada kes denggi, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor segera.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.